Search This Blog

Sunday, May 9, 2010

Jasa seorang yang bergelar IBU

Dia yang bergelar Ibu

Ceritanya amat sedih untuk saya kongsikan
Kerana jasanya terlalu terlalu besar buat saya
Dia seorang yang tabah, cekal dan kuat semangat
Demi keluarga, dan demi saya, anak bongsunya.

Dia seorang yang terlalu tegas pada saya
sewaktu saya berusia 6 tahun hingga 12 tahun
Hari2 pasti kene marah dan dirotan.
Bila tak pergi kelas mengaji kene marah
Pergi mandi pantai kena marah
Balik lambat pun kene marah dan dirotan.

Saat itu saya masih belum mengerti
Apakah ertinya semua ini,
Kalau sayang, kenapa dimarahi begini,
Kalau kasih kenapa dirotan dengan lidi,
Sudah terlalu banyak air mata yang membasahi pipi.

Kata Mak, pelajaran penting buat saya,
Pelajaran boleh mengubah hidup kita dan keluarga
"Makk" tidak mampu pergi ke sekolah kerana kemiskinan keluarga
Jangan jadi macam emak, tidak boleh membaca, hanya boleh mengira
Jadi seorang ibu, berhempas pulas, membanting tulang empat kerat
Bekerja siang dan malam, mencari nafkah keluarga.

Mak terpaksa bekerja
Kerana suaminya bukanlah siapa2
Suaminya hanya seorang penoreh getah sahaja
dan mak pula seorang buruh di ladang kelapa sawit.

Berapalah sangat pendapatan seorang penoreh getah dan seorang buruh?
Alhamdulillah, mak dikurniakan bakat oleh Maha Pencipta
Mak berkebolehan untuk mengurut dan mengubat org yang sakit
Jadi bertambahlah sedikit pendapatan mereka berdua.
Siang ibu di ladang dan malam ibu mengurut pula
Begitulah rutin harian seorang ibu yang mula ke ladang jam 5 pagi sampai 3 petang

Meskipun Mak tidak tahu membaca,
Mak tidak pernah mengabaikan permintaan saya.
Apa sahaja yang saya pinta, ibu pasti menunaikannya.

Saat ini, saya tidak mampu lagi menahan genangan air mata,
sungguh besar jasa seorang ibu buat saya,

Semasa di darjah lima,
Mak sudah menghantar saya ke kelas tuisyen
Sebagai persiapan menghadapi UPSR
Bukan 1 atau 2, tapi 3 kelas tuisyen yang ibu hantar,
Kata Mak, untuk pendidikan anak2 Mak sanggup lakukan apa sahaja.

Jujurnya,
saya sedikit kecewa dengan keputusan UPSR saya
hanya 3A 2B yang saya hadiahkan untuk dia
Hasrat untuk ke sekolah berasrama penuh berakhir setakat di situ saja.
Pun begitu saya bersyukur, kerana Mak masih memberi ruang untuk saya.

Pada usia 13 tahun, Mak menghantar saya ke sekolah berasrama
Itulah kali pertama saya berjauhan dengan Mak
Hari2 menangis sahaja di tepi jendela
3 bulan pertama tahun 1999 begitulah rutin yang terjadi.

Mak pencen pada tahun 2001 semasa saya tamat tingkatan 3
Jadi Mak menanggung pelajaran saya dengan duit simpanan dan hasil kerjanya sebagai seorang bidan kampung

Tapi hairan,
Setiap kali saya pulang ke rumah lewat
Ibu tidak lagi marah dan merotan saya lagi

Dipendekkan cerita,
Saya gagal teruk dalam PMR
dan saya bangkit untuk SPM
Alhamdulilillah saya berjaya menempatkan diri ke universiti.

Saya yang tidak pernah mencium tangan ibu sewaktu dibangku sekolah,
Akhirnya, berubah secara drastik,
TanganMak dan ayah saya cium sewaktu mereka menghantar saya ke UiTM Dungun
Sepatutnya saya yang minta dihalalkan setiap perkara,
Tapi ibu saya tidak, dia yang minta saya halalkan setiap perkara
dan minta saya ampunkan dia.
Dia adalah ibu yang terbaik buat saya.
Sungguh mulia seorang insan yang bernama Fatimah Othman.
Dan bermula saat itu, begitulah rutin yang terjadi setiap kali saya balik ke rumah.

Dia adalah orang yang paling gembira bila saya dapat masuk universiti.

Hari ini, saya rasa amat bersyukur, kerana saya telah berjaya memberikan Mak hadiah
Hadiah itu adalah ijazah dan diploma yang saya dapat
Hasil pelaburan Mak saya
Kerana semua perbelanjaan saya sepanjang pengajian saya ditaja Mak selain JPA dan PTPTN.

Kini,
saya sudah bekerja,
Tapi kadang2 saya rasa sedih
Kerana saya masih belum mampu membahagiakan Mak dan ayah
Sekarang saya sudah dapat merasa,
Bagaimana peritnya Mak dan ayah bekerja
Mencara rezeki demi saya dan keluarga.
Benar wang ringgit bukanlah segala-galanya,
Tapi teringin juga memberi pada mereka
Maaf, gaji saya tidak besar. Tidak seperti yang saya beritahu Mak
Saya terpaksa.
Tapi sempat jugalah memberi 3 kali pada Mak & Ayah


Saya tidak pasti kenapa saya sedih,
Tahun ini umur Mak sudah menjangkau 63 tahun
Umur ayah pula sudah mencecah 74 tahun.
Masih adakah waktu untuk saya membalas segala jasa mereka?

Saya berjanji, suatu hari nanti saya akan balas jasa mereka.
Saya akan beli kereta bawa ibu dan ayah naek kereta saya
Saya nak beli rumah, jadi ibu dan ayah boleh tinggal bersama saya.

Saya sudah tidak dpt menahan sebak lagi,
Kerana terlalu banyak pengorbanan seorang ibu buat saya.
Mak yang menanggung persekolahan saya
Mak yang menanggung pengajian saya di universiti
Mak adalah org yang paling bangga bila saya berjaya
Saya berdoa, moga2 saya dpt membalas jasa ibu dan juga ayah saya.
Sekarang saya tahu kenapa rotan dan lidi mak guna dulu.
Kalau tidak kerana didikan Mak, mgkin saya tdk akan berada di tahap ini

Saya dah buktikan, saya bukan ulat buku semata.

Berkat doa Mak & Ayah, akhirnya saya terpilih

Di pagi hari konvokesyen saya, saya bagi Mak pakai jubah, sebab mak tak dpt pakai dulu2 sebab kemiskinan keluarga

Mak lagi


Align Center
Pok Su & Mak

Hadiah buat mak & ayah

Dividen Pelaburan Mak & Ayah


p/s: Saya bukan nak berlagak atau menunjuk. Saya buat ini semua, sebagai menghargai jasa mak saya. Kita tidak akan ke mana tanpa restu seorang ibu. Keberkatan amat penting. Sumber kita mendapatkan sesuatu juga perlu halal.