Search This Blog

Sunday, October 10, 2010

Jodoh

Akhirnya,
Aku dan dia dipertemukan
Setelah 6 bulan menanti
Akhirnya,aku dilamar oleh dia

Tetapi,
Dia dia telah meletakkan syarat untuk aku
Aku mesti memiliki ijazah sarjana
Baru aku bisa menjejakkan kaki dirumahnya

Maka,
Untuk memenuhi syarat itu
12 Julai 2010 aku mendaftar sebagai pelajar ijazah sarjana
di Universiti Putra Malaysia
dalam Ijazah Sarjana (Sains) Sains Pengguna

Jadi,
bermulalah hidup baru
Hidup, bertemankan buku

Permulaannya ternyata menyakitkan
Kerana sudah setahun setengah kelas ditinggalkan

Kini,
Aku sudah bisa mengikut rentaknya
Hari2 memaksa diri untuk membaca
Demi dia, aku sanggup lakukan apa saja
Asalkan aku diterima oleh dia...


Terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dan dia

Alhamdulillah

Alhamdulillah, syukur.

Syukur kerana segalanya berjalan seperti yang dirancang
Kini jalan itu sudah luas terbentang
Aku tidak perlu lagi berasa gundah dan bimbang
Kerana aku semakin hampir ke puncak gemilang

Benar,
Penantian amat menyeksakan
Penantian sesuatu yang membosankan
Penantian juga suatu yg memenatkan

Tapi,
Alangkan bahagianya bila penantian berakhir dengan sebuah kejayaan..

1 Julai 2010,
Hari terakhir aku di Naza Kia Sdn Bhd.

12 Julai 2010,
Hari pertama aku sebagai pelajar UPM...

Maka bermulalah sebuah kehidupan yang baru..