Search This Blog

Sunday, August 23, 2015

Susah & Senang

Apabila kamu sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya, saya akan lakukan apa sahaja.

Kesusahan kamu, turut menjadi kesusahan saya dan begitulah sebaliknya.

Saya senang melihat kamu gembira dan begitulah juga sebaliknya.

Sebab itu, saya suka untuk kongsi rezeki yang perolehi. Bukan sebab saya senang atau banyak duit.

Tapi saya percaya, rezeki itu lebih manis jika dikongsi. Lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sayang.

Mungkin kita jarang berkomunikasi. Tapi tak bermakna saya tak ambil peduli.

Saya lebih selesa untuk jadi pemerhati.

Saturday, August 22, 2015

Terkilan

Yang baik di depan kita, belum tentu akan melakukan perkara yang sama di belakang kita.

Tak sangka kerana duit, manusia boleh berubah dalam sekelip mata.

Saya dah cuba yang terbaik untuk memenangi hati dia. Walaupun tak pernah dihargai, tapi tak perlulah jaja cerita bukan-bukan pasal saya.

Susah juga jadi pensyarah "Muda". Semua kerja dicampakkan kepada kita. Katanya kita muda dan masih bertenaga. Bila bab2 konsultansi, dan ada bayaran, yang muda tak layak, tiada kepakaran.
Kalau tidak diberi peluang untuk belajar, sampai bila-bila pun kepakaran itu tidak akan dapat dipindahkan.

Nasib baik ada kawan yang memahi dan selalu beri nasihat berguna. Tidaklah saya bertindak diluar kawalan. Terima kasih kawan!!


Tuesday, August 18, 2015

Senyum

Kita sentiasa senyum, tak beerti kita paling bahagia ata sedang bahagia.
Kadang-kadang kita senyum kerana kita tidak ingin menjelaskan bahawa kita sedang terluka.


Percayalah, pertemuan ini tidak ditakdirkan tanpa apa-apa sebab.

Monday, August 17, 2015

Password

2010, adalah post terakhir saya.

Selepas tu dah takde lagi post sebab saya lupa password.

2010, post saya berkisar tentang Snowy dan Master saya.

2010, saya kembali semula ke Shah Alam selepas hamper dua tahun menetap di kampong baru.

Banyak kenangan pahit dan manis di kampong baru. Yang paling pahit, Jun 2009.

Masa tu roommate saya a.k.a kawan karib saya pindah. Seminggu jugak la saya meroyan.

Hari-hari menangis. Terbawak-bawak sampai ke ofis. Nasib baik dekat ofis ada Liana Kori.

Hari-hari dia pujuk saya.

2010, saya mula mengenali mereka yang menceriakan hari2 saya hingga ke hari ini.

*******************************************************************************************************************

Hari ini, 17 Ogos 2015

Saya dapat akses semula blog saya.

Nanti kan post saya yang seterusnya... Nak tulis post pasal master dan kehidupan selepas itu.

TERIMA KASIH

Terima kasih untuk segalanya...

Terima kasih kerana menyempurnakan hari-hari saya..

Meskipun terkadang saya rasa marah, rasa benci,

Namun benci dan marah saya selalu tak lama.

Terima kasih untuk rasa bahagia yang kamu kongsikan.

Kamu kawan terbaik saya.