Search This Blog

Thursday, September 3, 2009

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Alhamdulillah. itu sahaja kata2 yang boleh diucapkan saat ini. Hati girang tidak terkira bila mendapat berita gembira. Inilah yang dikatakan anugerah kehidupan. Setiap insan yang bernyawa telah ditentukan qada' dan qadarnya.

Tetapi, kadang kala kita selalu lupa atau jarang ingat dengan apa yang kita miliki sekarang, kita sering kali ingat apa yang ada pada orang lain. Kerana sudah menjadi lumrah manusia yang biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan segala nikmat yang telah tersedia di hadapan mata.

Pada 24hb Ogos yang lepas, saya telah menghadiri satu temuduga pemilihan graduan terbaik uitm 2009 bersempena dengan Majlis Istidiadat Konvenkesyen ke-71 yang akan diadakan pada Oktober nanti. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat kerana telah mencalonkan saya bagi mewakili fakulti.

Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang selama ini banyak memberi dorongan dan galakan kepada saya untuk terus menjadi yang terbaik. Tetapi saya tidak ingin meletakkan apa-apa pengharapan kerana semua yang tercalon adalah yang terbaik

Sepanjang pengabdian saya pada buku dan ilmu, hanya dua insan istimewa yang akan saya ingat setiap kali mengulangkaji pelajaran. Mereka adalah ibu dan bapa saya. Segulung ijazah yang bakal saya perolehi pada istiadat konvokesyen nanti (26 Oktober 2oo9) adalah hadiah buat dua insan istimewa tersebut. Mungkin bagi orang lain, itu perkara biasa dan mungkin juga segulung ijazah itu bukanlah hadiah yang beharga. Tapi mungkin tidak bagi ibu dan bapa saya. Kerana, dalam keluarga hanya saya seorang sahaja yang belajar hingga ke tahap ini. Yang paling membanggakan saya,walaupun ibu dan bapa saya bukanlah dari kalangan yang berpendidikan tinggi, tetapi mereka tidak pernah menafikan kepentingan pendidikan kepada saya dan adik beradik yang lain.

Akhir kalam, terima kasih buat semua. Buat Fatimah & Mat, inilah hadiah buatmu. Hadiah yang paling istimewa dari seorang anak.


Sesi fotografi

mencuba jubah PhDPakaian yang bakal dipakai pada istiadat konvokesyen


p/s: bercita2 nak sambg master n phd

sy tak dpt anugerah tu...sebab ada lagi org yang lebih layak. syukur, dianugerahkan pelajar terbaik program dan pelajar terbaik fakulti. Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment