Search This Blog

Monday, April 13, 2009

Tahniah Buat Nabil & Siti


Nabil bersama trofi yang dimenanginya

Ahad lalu, Arena All Stars, Genting Highlands, telah menobatkan seorang pendatang baru sebagai Bintang Paling Popular. Pendatang baru yang dimaksudkan adalah Nabil Raja Lawak Astro. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini telah berjaya mengenepikan Mawi, Rosyam Nor, Siti Nurhaliza dan Saiful Apek sebelum berjaya membawa pulang sebuah kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.


Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).





Buat Datuk Siti Nurhaliza, tahniah diucapkan kerana berjaya mempertahankan Anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular yang telah menjadi miliknya sejak tahun 1996. Siti Nurhaliza adalah satu-satunya artis yang berjaya mempertahankan anugerah itu selama 12 tahun berturut-turut.

P/S: adakah ini zaman kejatuhan raja sms?


No comments:

Post a Comment