Search This Blog

Tuesday, December 22, 2009

Kebosanan

Sudah terlalu lama, aku tak melawat blog. Mungkin sibuk dengan tugas2 harian dan mungkin juga buat-buat sibuk. Kadang-kadang, rasa pening bila memikirkan kita perlu memikirkan tentang hala tuju diri kita. Lebih memenatkan bila ia memaksa kita untuk membuat keputusan. Lebih2 lagi keputusan itu bakal menentukan kehidupan kita pada masa hadapan.

Dua bulan yang lalu, aku telah menghadiri satu temuduga untuk jawatan Tutor Gred DA41 (Universiti Malaysia Kelantan) yang diadakan di Sime Darby Park KL. Dan 2 minggu yang lepas, aku juga telah menghadirkan diri ke temuduga di UiTM Puncak Alam untuk Skim Tenaga Pengajar Muda.

2 Minggu yang lalu juga aku meluangkan masa ke Pertandingan Debat Diraja di UM dan seminggu berikutnya aku berkampung di UiTM Kampus Bandaraya Melaka bersempena dengan Pertandingan Debat Piada Naib Canselor UiTM. Memang best sepanjang di Melaka. Dan pada Jumaat yang lepas iaitu pada cuti awal muharram, aku ke UiTM Shah Alam untuk menghadiri Mesyuarat Penubuhan Alumni Debat dan Pidato UiTM.

Semasa menyaksikan pertandingan akhir Pertandingan Debat Naib Canselor UiTM, aku dapat la satu panggilan dari UMK. Alhamdulillah aku berjaya ditawarkan jawatan tutor gredDA41 dan aku diberi tempoh selama 6 bulan untuk menyerahkan keputusan IELTS aku. Dalam masa yang sama aku jugak tunggu keputusan temudugan TPM UiTM. Mase tu Tuhan je yang tahu perasaan aku. Serba salah aku dibuatnya. UiTM or UMK. Macam-macam orang yang aku jumpe & minta pendapat. Akhirnya aku da buat keputusan...

Sabtu yang lalu plak, aku da amik exam IELTS. Masa tak cukup la. risau aku dibuatnya.. Aku serahkan pada DIA saje. Mohon agar diberikan yang terbaik. Amin

Hari Ahad, memandangkan aku bosan dok umah, jd aku pn ajaklah Ash gi jalan2 sogo & KLCC.Asalnya nk window shopping tapi akhirnya aku tumpas..huhu.. Terbawak balik Crocs and Shirt Zara.OMG

No comments:

Post a Comment