Search This Blog

Sunday, January 3, 2010

2010

Selamat Datang 2010 dan Selamat Berpisah 2009.

Hari ini, hari pertama bekerja di tahun baru. Lain rasanya.
Sejak masuk tahun baru, macam-macam yang saya da pikir.
Pelbagai angan2 da saya pasang. Harap2 dimakmulkan.

2009 banyak yang saya pelajari tentang kehidupan dan pekerjaan.
Resam hidup, bermula dari bawah.
Merangkak, Berjalan dan kemudian berlari.
Saya masih di tahap merangkak lagi.
Bergelar sebagai seorang pekerja tidak semudah yang kita sangka.
Tapi kita akan rasa gembira apabila kerja yg kita lakukan adalah kerja yg kita suka.
Kita juga akan gembira bila kerja yang kita lakukan memberikan kita ruang dan peluang untuk mengetengahkan idea dan buah fikiran kita.
Alhamdulillah, hari ini saya masih di sini, mencari pengalaman dan menimba ilmu untuk di kongsi bersama dengan mereka yang sudi berkongsi.. Insyaallah.

Benar, saya akui..
Kecemerlangan akademik bukanlah segala2 nya.
Tapi sedikit sebanyak boleh membantu untuk diberi pertimbangan yang sewajarnya.
Saya tetap berterima kasih dan bersyukur,
hingga ke saat ini saya masih diberi kepercayaan.

Tentang kehidupan,
banyak yang saya pelajari,
jangan terlalu mudah mempercayai apatah lagi untuk menyayangi seseorang
Kerna kita belum tahu hati budi seseorang,
meskipun kita dah kenal 2 @ 3 tahun.
Sebab, seseorang boleh berubah sekelip mata
apabila yang dihajatinya sudah tercapai.

Dalam kehidupan juga jangan terlalu cepat beralah
Kelak nanti diri yang rase bersalah
Buat apa jadi lilin yang membakar diri
sedangkan orang yang kita terangi jalannya
tidak pernah berusaha untuk terangi jalannya sendiri

Akhir kata, semoga tahun 2010 menjadi tahun yang paling bermakna buat saya. Saya amat berharap, segala cita2 dan impian saya bakal menjadi realiti. Insyaallah

No comments:

Post a Comment