Search This Blog

Wednesday, March 24, 2010

Hasrat Hati


Hasrat hati, nak bergaji tinggi
Hasrat hati, nak hulur kat mak & ayah duit gaji
Hasrat hati, nk pakai kereta myvi
Hasrat hati, nak bayar PT
hasrat hati, nak hidup berdikari

Jadi masa studi,

Belajar bagai nak gila
Pegi kelas tak penah lupa
Score "highest mark" setiap kali periksa
Dekan & Pensyarah sentiasa bangga
Mak ayah juga turut bangga

Hasilnya,

Dapat anugerah pelajar terbaik program
Dapat anugerah pelajar terbaik fakulti
Raih anugerah pelajar paling berpotensi
Raih anugerah Pencapaian Akademik Terbaik

Kenapa macam tu sekali ek, kene studi?

Sebab dalam pikiran saya, bila belajar tinggi2 gaji mesti tinggi
Bila gaji tinggi boleh la hidup berdikari
Boleh hulur kat mak & ayah nanti
Boleh pakai kereta idaman, kereta myvi

Rupa2nya

Sangkaan itu meleset sama sekali
Bila dah bergraduat lain pula yang jadi
Hasrat hati terus sepi dan menyepi
Entah bila dapat dipenuhi
Entah bila impian murni ini dapat diterjemah ke alam realiti.

Ingatkan bila dah dapat "title" pelajar cemerlang
Dapatlah saya memenuhi segala impian
Tapi ianya tidak semudah yang kita sangka
Memang benar, setiap org dikurniakan rezeki yang berbeza
Oleh Tuhan, Maha Pencipta
Tapi mengapa begini nasib saya?

Hari2 mendengar kata2 manis dan janji
Hingga hari ini masih belum ditepati
Mengapa harus begitu "tukang janji"?

Bukan tidak bersyukur,
Tapi mengapa kawan2 laen gajinya lebih RM2000
Sedangkan mereka juga memiliki kelulusan yang sama
Sedangkan "company" saya lebih terkenal dari "company" mereka

Dah lebih kurang setahun saya menderita sebenarnya
Sudah banyak tawaran yang terpaksa saya tolak
Dek kerana percaya, Tukang Janji akan menunaikan janjinya
Great Eastern, Prince Court Medical Center, RHB, OCBC, Public Bank & Telekom Malaysia, semuanya saya tolak....
Kalaulah, saya boleh berpatah balik ke masa itu,
Tapi sayang,
Semuanya telah terlambat

Persoalan saya
Apakah faedahnya belajar tinggi2
Kalau ini jadinya
Apakah faedahnya memiliki ijazah sarjana muda
Kalau gaji setaraf dgn mereka yang memiliki SPM
Apakah manfaatnya bekerja di syarikat ternama
Kalau gajinya lebih rendah daripada yang tidak ternama
Apakah kelebihannya bekerja di syarikat swasta berbanding kerajaan?

Sepanjang Pemerhatian saya,
Staff kerajaan dibayar mengikut peringkat pendidikan
Pengalaman juga diambil kira
Tapi mengapa tidak di "sesetengah" syarikat swasta?
Kalau beginilah penilaiannya,
Mengapa kerajaan menyeru rakyat belajar sampai universiti,
Kalau pendidikan tidak menjadi kriteria utama dalam penetapan gaji

Permintaan "sesetengah" syarikat,
mahukan pekerja yang memiliki ijazah atau diploma
Tapi pernahkan syarikat itu mengambil kira apakah yang pekerja mahukan?
Maka tidak hairanlah kalau di "sesetengah" syarikat
"Turnover rate" nya sangat tinggi
Setiap bulan mesti ada induksi atau program orientasi untuk staff baru
Apakah ini petanda positif?
Saya katakan tidak

Akhirnya,
Saya hanya menanti sinar yang benar2 akan merubah segalanya
Saya akan berikan yang terbaik selagi saya masih disini
Bila sampai waktunya saya akan berundur dan pergi
Kerana, pada saya terletak nasib keluarga dan diri sendiri
Saya tidak akan menolak lagi
Segala rezeki yang datang selepas ini
Kerana cukuplah sampai di sini diri saya disakiti
Persekitaran kerja dan rakan sekerja sgt ""best" dan menarik hati
Tapi soal gaji saje yang perlu dikaji.
Apa gunanya untuk terus berada di sini
Apa gunanya kita menjaga hati org yang menyakiti

Saat itu akan tiba nanti
Segala hasrat pasti akan dipenuhi
Semoga hasrat hati jadi realiti.




No comments:

Post a Comment