Search This Blog

Friday, March 19, 2010

Sahabat

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri. Tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana memupunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seseorang sahabat,
begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu, Kita cuma mengambil
kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa diikhianati bila die tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti2,
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan,
"memaksa" dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa, tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalah sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa
kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakakn tentang rasa bimbangnya,
atau rasa takutnya? Pernahkah kita menenagkan dia sebagaimana die
pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semanngat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita meyakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah
kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.. Ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu,. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu

Renungilah, terima kasih padamu sahabatku. Maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


No comments:

Post a Comment