Search This Blog

Tuesday, March 30, 2010

Indonesia VS Malaysia

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan pada Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas.

Alhamdulillah. Saya amat bersyukur kerana selamat pergi dan selamat pulang kembali.

Percutian ke Kota Jakarta dan Bandung kali ini amat menyeronokkan. Banyak tempat yang dikunjungi di kedua2 kota tersebut. Kota Jakarta amat terkenal dengan kesibukan warganya dan kesesakan lalulintas di seluruh kawasan bandar. Manakala Bandung pula amat tersohor sebagai "syurga membeli belah" kerana terlalu banyak "Factory Outlet Store" di sana.

Ada sesuatu yang saya ingin kongsikan kepada anda tentang dua buah kota ini.
Seperti yang saya nyatakan, Kota Jakarta memang sesak dengan pelbagai kenderaan terutamanya pada hari liburan (hari minggu). Bunyi hon sana sini pasti membingitkan telinga pada mereka yang kali pertama berkunjung ke Kota Jakarta.

Meskipun dalam kesesakan yang amat dasyat, pemandu2 sentiasa bertolak ansur. Ini sesuatu yang boleh kita banggakan. Dan yang paling mengejutkan saya, adalah apabila Supir Taksi (Pemandu Teksi) memberitahu saya dan rombongan bahawa, kemalangan tidak berlaku meskipun jalan sesak teruk. Jika di Malaysia bagaimana?

Di Bandung pula, tahap Perkhidmatan Pelanggan yang ditonjolkan oleh pekerja hotel dan pekerja di factory outlet jauh berbeza dengan pekerja yang ada di Malaysia. Senyuman di bibir mereka tidak pernah lekang, dan mereka juga tidak pernah jemu mengucapkan selamat datang dan terima kasih (sambil membongkokkan tubuh mereka) kepada pengunjung yang datang berkunjung ke premis mereka. Berbeza pula di hotel yang saya menginap. Pekerja hotel juga sentiasa memberikan senyuman manis mereka beserta ucapan selamat datang, selamat pagi dan selamat sore (selamat petang) setiap kali kami memasuki lobi hotel. Itu mungkin perkara biasa. Ada sesuatu yang luar biasa berlaku. Kebetulan, setibanya saya dan rombongan ke hotel tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Sebaiknya kaki saya menjejak jalan di kawasan parking hotel tersebut, terus datang pekerja hotel bersama payung. Dalam hati saya terdetik "kalau di Malaysia pasti tidak ada". Itu baru hotel 3 bintang, tapi layananya sudah bertaraf 5 bintang.

Akhir sekali, perkara yang mengejutkan saya adalah apabila saya berkunjung ke sebuah kedai yang menjual VCD dan CD lagu. Umum sudah mengetahui bahawa, Industri Muzik Indonesia merupakan penyumbang terbesar kepada Ekonomi negara itu. Di mana2 kedai yang menjual VCD dan CD di Indonesia, mereka tidak menjual barangan cetak rompak untuk artis Indonesia. Mereka benar2 menjaga industri mereka. Berbeza pula di Malaysia. Industri sendiri pun di cetak rompak dan dijual merata tempat.

No comments:

Post a Comment